Parking Pelancong Majlis Daerah Mersing Jalan Abu Bakar

Parking Pelancong Majlis Daerah Mersing Jalan Abu Bakar | Kalau ingin ke pulau, bagi yang menaiki kenderaan mesti perkara utama yang anda fikir adalah kawasan parking dan tempat paling selamat betulkan?

Disini saya ingin berkongsi dengan anda, tempat paling selamat untuk parking kenderaan anda di jeti mersing ialah di kawasan Majlis Daerah Mersing Jalan Abu Bakar. Di bawah adalah gambar atas dan gambar tempat parking.

Parking Pelancong Majlis Daerah Mersing Jalan Abu Bakar

Parking Pelancong Majlis Daerah Mersing Jalan Abu Bakar

Untuk ke Pulau tioman, Kawasan paling selamat untuk parking kenderaan pelancong di kawasan jeti adalah di Parking Majlis Daerah Mersing.
Parking disini adalah antara kawasan paling selamat semenjak saya berkhidmat disini. Kalau anda tengok pada gambar diatas mesti rasa tidak jauh kan dengan jeti, hanya bersebelahan jeti sahaja.
Harga sudah naik menjadi RM45 untuk dua malam, boleh dikatakan cepat full. kalau anda sampai tiada orang jaga di kaunter boleh call pekerja tu, no tel ada kt situ, biasa pekerjanya keluar minum atau ada hal lain.

Kalau tak ada dan tak dapat call, Jangan risau, masuk parking dahulu dan bayar kemudian.

MAJLIS DAERAH MERSING
No. 243. Jalan Ibrahim
86800, Mersing Johor bharu
No tel: 07-7981818 / 1980

You may also like...

Your email will not be published. Name and Email fields are required